Property: Setia Seraya, Presint 15, Putrajaya


Sebelum ni ada post mengenai projek ni: http://adammale.blogspot.my/2016/02/property-setia-putra-residence-presint.html. Baru-baru ni keluar pengumuman ada pelarasan harga baru projek tersebut seperti di bawah, yang mana perbezaan harga memang ketara! Dengan harga sekarang, pasti mudah untuk mencari penyewa kelak dan boleh dijadikan asrama untuk pekerja asing atau sebagai homestay ๐Ÿ™„ :matakeatas:


Pengumuman dari laman CSRU sendiri:

Sukacita kami nak umumkan rasionalisasi harga dengan penurunan harga jualan sehingga 20% untuk kediaman KONDOMINIUM SETIA SERAYA, Presint 15, Putrajaya. 

Bukan itu saja, khusus kepada PENJAWAT AWAM! Kini anda dapat nikmati diskaun sebanyak 25% dengan penjimatan sehingga RM196k di bawah program Civil Servant Reserve Unit (CSRU). 

Pada harga hanya dari RM412k sahaja, kini anda mampu memiliki kediaman kondominium serba mewah di Bandar Putrajaya yang amat berprestij!

10 KELEBIHAN KONDOMINIUM SETIA SERAYA YANG WAJIB ANDA TAHU!
1. Kolam renang bersaiz Olimpik
2. Terdapat Kolam Renang Utama, Kolam Kanak-Kanak dan LADIES Pool!
3. 2 unit parkir kenderaan untuk setiap rumah
4. Sky Garden di Aras 22
5. Hanya 12 unit rumah setiap aras dengan 6 unit lif!
6. 5 minit dari kompleks membeli belah Alamanda Putrajaya
7. 5 minit dari pusat komersial Presint Diplomatik 
8. 5 minit dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
9. 10 minit ke Bangi
10. Bersebelahan dengan Taman Rimba Alam Putrajaya


Lokasi Setia Seraya bersebelahan Dwiputra (klik untuk besarkan gambar). Unit 1 - 5 menghadap kolam renang dan ke arah KL (Presint 14, IOI City Mall) tapi tingkat 15 ke bawah akan terhalang oleh blok B2 Dwiputra, unit 7 - 12 menghadap perumahan Presint 15 dan mungkin sipi-sipi boleh tengok Taman Rimba Alam. Unit 3,6,9 dan 12 dapat limited view (terhalang oleh dinding tepi blok). Dinding unit 3,4,5,9,10 dan 11 berkongsi dengan jiran berbanding Dwiputra yang berasingan dan hanya berkongsi di kawasan yard. (Boleh ke link https://www.google.com.my/maps/@2.9415253,101.716533,566m/data=!3m1!1e3?hl=en untuk cek view)

Type A: 1000sqft




Type B: 1200sqft




Fasiliti Setia Seraya


1) Ladies Pool 2) Lap Pool 3) Pool Deck 4) Pegola 5) Retail/ Cafe 6) Reflexology Track 7) Outdoor Fitness 8) BBQ Area 9) Gym dan Fitness Centre 10) Reading Lounge 11) Hanging Lounge 12) Kids Pool 13) Shade Pavilion 14) Grand Lobby 15) Jogging Track/ Walkway 16) Car Wash Area 17) Playground 18) Entrance Guard House 19) Clubhouse (Nursery, Kindergarten, Retail Space, Surau, Multipurpose Hall, Management Office)

Reviu dan impresi pertama (dan perbandingan dengan Dwiputra):

1. Dari segi kolam renang yang dicanang-canangkan bersaiz Olimpik, I still prefer Dwiputra kerana bentuknya yang unik dan bahagian infinity pool yang lebih panjang untuk residen bersidai berbanding kolam renang Setia Seraya. Ianya memanjang dan kelebaran tampak sempit. Kolam pun diasing-asingkan dan bagi yang bekeluarga menyukarkan untuk memantau anak-anak yang berenang di kolam lain. Gym juga tidak menghadap kolam renang.


2. Dari segi view dari rumah, unit 1 - 5 menghadap kolam renang dan ke arah KL (Presint 14, IOI City Mall) tapi Aras 15 ke bawah akan terhalang oleh blok B2 Dwiputra, unit 7 - 12 menghadap perumahan Presint 15 dan mungkin sipi-sipi boleh tengok Taman Rimba Alam. Unit 3,6,9 dan12 dapat limited view (terhalang oleh dinding tepi blok). Dinding unit 3,4,5,9,10 dan 11 berkongsi dengan jiran terutamanya 4 dan 10 berbanding Dwiputra yang berasingan dan hanya berkongsi di kawasan yard. 




3. Dari segi rekaan bilik, ada ruang makan spesifik kerana ruang dapur sudah diasingkan. ketiga-tiga bilik di satu wing rumah yang sama berbanding Dwiputra di kedua-dua belah wing. Menjadikan bilik 2 dan 3 sama saiz dan agak kecil. Dari segi tingkap, tingkap master bedroom (2 daun sahaja berbanding 3), tandas (2 daun sahaja berbanding 4) dan sliding door (3 daun sahaja dan bukan seluruh dinding) setiap unit lebih kecil berbanding Dwiputra. Lebihnya semua bilik dan balkoni menghadap pemandangan yang sama.

4. Dari segi kelebihan setiap unit, ada interkom untuk pengawal keselamatan hubungi sekiranya ada pelawat (Dwiputra tiada), dibekalkan 2 unit water heater untuk bilik mandi dan point pendingin hawa setiap bilik yang lebih strategik. Pintu fire-rated. Rekaan dapur yang berasingan dengan ruang tamu lebih menarik. Ruang yard lebih besar.

5. Dari segi lif, ada 6 lif (3 lif kiri, 3 lif kanan) berbanding hanya 4 lif di Dwiputra. Setiap aras tempat letak kereta ada akses ke lif berbanding Dwiputra yang ada aras kena naik/turun tangga untuk ke lif.

6. Dari segi lobi, Grand Lobby a la resort, tangga tinggi menuju Facility Deck. Lobi Dwiputra macam hotel dan setiap fasa ada 2 lobi berasingan.


7. Dari segi fasiliti ekstra, Sky Garden lebih best dari Dwiputra, terletak di Aras 22, ada limited rumah Type C (1400 sqft). Bagaimanapun, taman permainan kanak-kanak terletak berasingan di tingkat bawah berbanding Dwiputra yang terletak di Aras 3 dan mudah diakses dari rumah tanpa perlu melintas jalan.


8. Ada 363 unit sahaja berbanding 440 bagi setiap fasa Dwiputra (tidak berkongsi fasiliti). Seperti Dwiputra, lokasinya memang strategik


Availability Unit

1 comment: